Pernah dengar tentang Anggur Muscadine? Diterangkan disini adalah 11 Fakta menarik tentang Anggur Muscadine.
Ada yang pernah jumpa anggur ini di KLCC, sebiji berharga RM110 (tahun 2013).
Harga sekilogram adalah RM2000. Fuhh!
11 Fakta menarik tentang Anggur Muscadine:
1/ Anggur Muscadine tumbuh di kawasan panas dan lembab.
Anggur Muscadine tumbuh semulajadi di tempat yang panas dan lembab
berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
Anggur Muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam
cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem,
semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.
2/ Saiz Anggur Muscadine sebesar bola golf.
Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar
sebesar bola golf! Saiznya lebih besar berbanding anggur biasa yang
berdiameter sekitar 5cm atau seakan akan sebiji buah plum.
3/ Anggur Muscadine memiliki kulit yang keras dan tebal
Anggur Muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis.
4/ Anggur Muscadine berkeupayaan melindungi diri daripada bakteria dan kulat.
Anggur Muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia
kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi
dirinya dari bakteria dan fungus.
Hal ini kerana Anggur Muscadine
mengandungi resveratrol yang merupakan phytoalexin di mana ia
dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang
pathogen seperti bakteria dan fungi.
5/ Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom .
Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom, manakala Anggur
Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom. Iaitu lebih 1 kromosom daripada
biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya
apabila diserang serangga dan burung.
Kromosom tambahan inilah
yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan
kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih
tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih
banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan
bersifat antioksidan yang tinggi.
6/ Anggur Muscadine tak memerlukan semburan racun perosak
Anggur Muscadine merupakan satu satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak! (Rujuk poin nombor 4).
7/ Anggur Muscadine mempunyai nilai ORAC paling tinggi.
Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts
pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen
Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah
kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding blueberi.
8/ Anggur Muscadine kaya dengan antioksidan.
Anggur Muscadine kaya dengan antioksidan. Dikatakan ia memiliki 88 kompaun antioksidan dijumpai di dalam anggur ini.
Anggur Muscadine juga mengandungi bahan yang dikenali sebagai
Oligomeric proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa
antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
Anggur Muscadine juga mengandungi lebih tinggi kandungan antioksidan iaitu 40 kali ganda berbanding anggur biasa.
9/ Anggur Muscadine mengandungi Resveratrol 6x lebih tinggi.
Anggur Muscadine mempunyai kadar resveratrol 6x lebih tinggi berbanding anggur merah.
10/ Anggur Muscadine tinggi kandungan fiber.
1 biji Anggur Muscadine bersamaan dengan 5 biji anggur tanpa biji dari
segi kandungan fiber. Justeru ia membantu masalah penghadaman, sembelit
dan buasir lebih cepat dari anggur biasa.
11/ Anggur Muscadine bersifat anti kanser dan anti radang.
Anggur Muscadine adalah satu satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.
Anti oksidan dan phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur. Kandungan Resveratrol
yang tinggi di dalam biji anggur. Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna.
Credit to fb: CikPuan Amanina
Kllik whatsapp ⬇⬇⬇
Rahmah Mohid
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1068161
Founder
RMEmpire
FB page/Google Business:
Pengedar Shaklee Kulim 013-3221852