Wednesday 10 March 2021

KONSEP 3S DALAM SHAKLEE

Apa itu konsep 3S dalam Shaklee?

Harini mah nak terangkan apa itu 3S? 3S ni penting yang perlu kita utamakan untuk kita berjaya dalam bisnes Shaklee.

Rasanya ada yang tak tahu lagi pasal 3S ni. Kalau ada yang dah tahu takpa..kita refresh semula..yang tak tahu atau tak faham lagi, mah akan terangkan sedikit secara asas ya.

3S ialah Sale, Service, Sponsor


S yang pertama kita perlu ada adalah:

1) SALE


Sales ialah jualan. Dalam apa jua bisnes sekalipun kita perlukan jualan untuk mendapatkan keuntungan ataupun untuk capai target sales kita. Jika menjual tetapi tiada untung bermakna bukan menjual, tu namanya memberi ataupun melakukan sedekah jariah. Ya, memang kita ada diberikan bonus hasil jualan, tetapi takkan kita nak harap bonus semata-mata kan. kita kena ambil kira juga untung runcit. Barulah berbaloi dengan hasil usaha penat lelah kita promot produk. 

Kita semua perlu menjual sahaja. Shaklee akan uruskan yang lain. Produk dari segi packaging, R&D, kelulusan, tanda halal, kastam, semua diuruskan oleh pihak Shaklee. Shaklee yang akan uruskan semua berkaitan produk. Kita hanya perlu buat jualan sahaja.

So sebelum menjual kita perlu fahamkan apa produk yang kita nak jual. kita kena buat kajian berkenaan produk bukan kajian tentang nak hasilkan produk tu. Apa bahan yang digunakan, apa fungsi, siapa yang sesuai ambil, apa manfaat semua kita perlu study dulu sebelum kita mula menjual. Sebab tu kita kena masuk kelas produk, google info berkaitan produk yang kita nak jual, tanya upline, sideline, atau terus tanya nutritionist Shaklee jika ada keraguan.

So bila kita nak jual dan nak dapatkan bonus dalam bentuk cash bonus kita perlu ada target. Contoh nak jual ESP, kita perlu jual berapa tong untuk lepas target 150 uv, perlu jual 5 tong ESP untuk dapatkan bonus dalam rm31.45. Macamna nak kira bonus? Ada lagi yang belum tahu kira bonus?

CONTOH
👉 5 tong ESP 
185uvx3.4x0.05=rm31.45

1 tong ESP jika kita jual retail rm160 so 1 tong dah untung rm31 jika 5 tong dah untung rm155. Untung retail lebih banyak dari bonus. So hasil jualan 5 tong kita dah lepas modal dan boleh beli 1 tong untuk consume sendiri atau jual semula.

Cash bonus shaklee akan di bayar kepada kita mengikut peratusan personal uv (puv) dan peratusan group uv (guv) kita. Dan jika kita tidak mendapat sebarang sales, kita tidak akan mendapat bonus walaupun grup uv (guv) kita tinggi. Perasan tak?

So untuk mendapatkan cash bonus, kita perlu fokus naikkan dulu sales kita sendiri barulah kita akan dapat kiraan bonus dari sales group.

S yang kedua ialah:

2) SERVICE


Dalam apa jua bisnes kita perlu memberi service yang terbaik kepada pelanggan. Apa itu service? Service ialah perkhidmatan. Apa perkhidmatan yang perlu kita berikan kepada customer kita? Service yang kita perlu berikan ialah service sebelum dan selepas pembelian produk.

Service ini ada 2 perkara yang kita perlu fahami iaitu

1-Bakal prospek kita (sebelum membeli)
-Service ni kita perlu berikan dari segi info produk, penghantaran produk, cara consume produk dll supaya customer berminat nak beli shaklee dengan kita. 

2-Pelanggan yang telah membeli dengan kita (selepas membeli) iaitu after sales services.
-Bila mereka sudah membeli, kita perlu memantau pula keadaan mereka selepas membuat pembelian. Yang ini  dinamakan service selepas pembelian. Barulah kita akan loyal customer dan mereka sentiasa repeat untuk membeli dengan kita.

Ramai dari kita yang abaikan servis selepas jualan ni. Apa jadi kalau kita tak buat after sales service ni? Boleh menyebabkan ramai cuatomer tak repeat membeli degan kita. Apa jadi kalau customer tak repeat beli? 

Ada antara kita yang biarkan saja mereka lepas menjual. Rugi sangat kalau kita tak tak buat service ni, mereka akan stop beli dengan kita dan akan beli dengan orang lain pula.

So penting sangat kita buat service ni kepala customer ya. Supaya mereka boleh terus mebeli dan jadi loyal customer kita. Tak mustahil juga mereka akan join under team kita pula jika mereka dah dapat shaklee effect dan dapat layanan yang baik dari kita. Ni salah 1 tips untuk nak sponsor dengan mudah. 

S yang ketiga pula adalah:

3) SPONSOR


Apa itu sponsor? Sponsor bukannya kita keluarkan duit daftarkan ahli bawah kita ye. Sponsor adalah menaja. Kita perlu menaja ahli dan grow team kita. Kita perlu ajak orang untuk jadi member under team kita.

Ada 2 cara untuk sponsor iaitu:

1- Daftar member dengan membayar RM35 sahaja atau

2- Daftar percuma dengan pembelian produk bernilai 100uv iaitu  bersamaan RM350 keatas

Sponsor ni kita perlu buat jika kita buat keputusan untuk berbisnes dan grow team. Kita perlu guide dengan cara yang betul kepada anak team kita. Kita perlu offer kat mereka yang nak join jadi protege kita dan kita perlu bimbing mereka bersama-sama kita untuk terus maju dalam bisnes shaklee ni. Ini adalah team building kita. 

Ramai yang dah berjaya build team sendiri kan. Antaranya yang dah jadi leader semua dah pandai build team sendiri. Memang wajib ada anak downline bagi mereka yang nak jadi leader, nak naik rank supervisor. Kita boleh buat sorang jika puv kita sendiri mantap dan kukuh.

Walaupun begitu, jika kita tahu macamna cara nak build team, kenapa perlu susahkan diri buat seorang, jadi kita buatlah secara teamwork.

Jika ada antara kita yang katakan bahawa "alah, kena cari orang rupanya. Susah la bisnes macam ni". Tahukah kita bahawa dalam sesebuah syarikat, kita tidak boleh seorang diri membina team dan membangunkannya menjadi sebuah syarikat yang gah. Kita tentulah perlukan pekerja, staf dan pembantu peribadi. Dan kita perlu menghantar staff kita ke mana=mana kursus setiap beberapa waktu tertentu supaya staf kita mahir dalam bidang kerjanya.

Begitulah juga dengan konsep Shaklee ni, bezanya kita bukanlah staff, namun kita semua ni adalah protege yang akan dibimbing supaya kita semua mahir dalam bisnes Shaklee. Bisnes kita adalah hak kita, tiada kaitan dengan orang yang register kita ye. Kita yang akan dapat income/bonus dari hasil kita bangunkan team kita sendiri.

Kita kena ingat bahawa tanpa sponsoring, group kita takkan berkembang. Cuba letak sasaran berapa orang yang ingin kita sponsor/daftar sebagai ahli dalam team kita? 

Kita boleh gunakan PROMOSI yang Shaklee buat setiap bulan, kalau 10 orang sebulan lagi 12 bulan kita dah ada 120 orang dalam group kita! Wow sangat kann..

So kita kena ringankan mulut ajak mereka daftar ahli under team kita, kita kena rajin bercerita tentang kebaikan produk Shaklee dan kenapa mereka kena daftar sebagai ahli dalam team kita.


Kesimpulannya,

STEP dan rahsia untuk skor GUV besar setiap bulan.

STEP 1
Setiap customer yang hubungi/pm kita tanya pasal Shaklee, kita setkan dalam minda yang kita akan convert mereka jadi ahli. 
Cuba sedaya upaya untuk yakinkan dia untuk jadi ahli dibawah kita. Sebab bila dia dah jadi ahli bawah kita, chances dia akan repeat order dengan kita adalah sangat tinggi.

STEP 2
Bila dah berjaya convert dia jadi ahli. Set target dalam kepala kita. Every single ahli yang telah register bawah kita ni adalah OUR NEXT SUPERVISOR IN OUR GROUP. Kenapa kita kena aim atau target macam tu? Sebab bila kita layan customer kita ni macam our future leaders, kita akan jaga relationship dengann dia serapat mungkin. Kita akan berkawan dengan dia. Kita akan berukhuwah dgn dia. Kita akan bagi THE BEST service untuk dia.

STEP 3
Bila kita dah rapat macam member-member atau macam family, kita boleh bergurau2 comel dengan dia. Then, lama-lama dia akan terbuka hati untuk cari side income dan cuba bisnes Shaklee. Itulah macamna caranya untuk kita bagi perkhidmatan yang terbaik untuk customer atau anak Shaklee kita. Contohnya kalau dia tak jadi supervisor pun dia tetap akan terus setia dan terus membeli dengan kita. Sekaligus akan terus menerus menyumbang kepada GUV kita setiap bulan. Dapat tak?

Mudah aje kan berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Just kene ingat 3S ni dan kena amalkan setiap hari. Kena make sure anak-cucu-cicit kita pun duplicate. Itu sahaja. Tapi semuanya bermula dengam diri kita dahulu. 

3S ni la yang mah amalkan sejak 7 tahun lepas sehingga sekarang kami berada di tahap ni. Begitu juga leader yang dah berjaya mereka semua amalkan konsep 3S ni.

Sekian dulu dari mah. Semoga kita semua mendapat manfaat dan faham kelas 3S malam ni. Sekian, terima kasih. 

Rahmah Mohid
Shaklee Business Mentor
https://linktr.ee/rahmahmohid