Thursday, 1 April 2021

RME HIT RM100K PERTAMA PENUTUP CYCLE MAC 2021


Alhamdulillah, MasyaAllah Tabarakallah..official sales RME bulan Mac 2021 penutup cycle, hit our 1st RM100k. Total sales RM104,563 lebih RM100k dari target bulan lepas! We did it! 😍❤ 


Tahniah semua leader yang berusaha sedaya upaya fight RM100k sales team, yang bertungkus lumus fight untuk kekal effektif dan rank up.

Doakan mudah-mudahan bulan ni, cycle baru April 2021 group sale RME cecah RM150k pulak dan semua leader effektif serta naik rank sampai Master Coordinator Shaklee! Aamiin, Ya Allah Ya Mujib.

Tahniah 11 orang leader hebat yang bernaung di bawah team Mah team RME ❤

Jannah Rofei 
Fairus Rosli 
Miela Amier 
Shaffira Azizan 
Aliya Alfaa 
Nur Insyirah 
Syakirah Hasan 
Hanis Mohammad 
Nur Hazirah 
Liana Amandla 
Aeisyah Zulkifli

Tahniah semua anak cucu cicit piut miut team & semua customer yang selalu support dan sudi membeli dengan team kami 😘 Tanpa anda siapalah kami 😊😊

Terima kasih buat semua upline Nadeea Sairen  dan Julie Ali serta downline yang selalu support team ❤ 

Anda yang sedang mencari  #extraincome jangan takut-takut untuk mencuba #Shaklee. Sihat dapat income pun dapat. Pay slip Shaklee laku tau kat bank untuk buat loan beli dan kereta dan rumah. 

Kalau anda nak tahu Shaklee ni merupakan sebuah syarikat yang kukuh dan bertapak di Malaysia sejak tahun 1988.

Yang nak Mah bantu untuk sama-sama berjaya dalam Shaklee jangan segan wasap Mah. InshaAllah Mah akan bantu from zero to hero.

Sihat Ceria Dengan Shaklee ❤

Rahmah Mohid,
Coordinator Shaklee,
Shaklee Business Mentor, 
RMEmpire since 2013
https://linktr.ee/rahmahmohid

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1068161

#RME 
#sideincome
#shakleeonline 
#shakleekulim
#shakleekedah
#shakleepenang

Wednesday, 10 March 2021

KONSEP 3S DALAM SHAKLEE

Apa itu konsep 3S dalam Shaklee?

Harini mah nak terangkan apa itu 3S? 3S ni penting yang perlu kita utamakan untuk kita berjaya dalam bisnes Shaklee.

Rasanya ada yang tak tahu lagi pasal 3S ni. Kalau ada yang dah tahu takpa..kita refresh semula..yang tak tahu atau tak faham lagi, mah akan terangkan sedikit secara asas ya.

3S ialah Sale, Service, Sponsor


S yang pertama kita perlu ada adalah:

1) SALE


Sales ialah jualan. Dalam apa jua bisnes sekalipun kita perlukan jualan untuk mendapatkan keuntungan ataupun untuk capai target sales kita. Jika menjual tetapi tiada untung bermakna bukan menjual, tu namanya memberi ataupun melakukan sedekah jariah. Ya, memang kita ada diberikan bonus hasil jualan, tetapi takkan kita nak harap bonus semata-mata kan. kita kena ambil kira juga untung runcit. Barulah berbaloi dengan hasil usaha penat lelah kita promot produk. 

Kita semua perlu menjual sahaja. Shaklee akan uruskan yang lain. Produk dari segi packaging, R&D, kelulusan, tanda halal, kastam, semua diuruskan oleh pihak Shaklee. Shaklee yang akan uruskan semua berkaitan produk. Kita hanya perlu buat jualan sahaja.

So sebelum menjual kita perlu fahamkan apa produk yang kita nak jual. kita kena buat kajian berkenaan produk bukan kajian tentang nak hasilkan produk tu. Apa bahan yang digunakan, apa fungsi, siapa yang sesuai ambil, apa manfaat semua kita perlu study dulu sebelum kita mula menjual. Sebab tu kita kena masuk kelas produk, google info berkaitan produk yang kita nak jual, tanya upline, sideline, atau terus tanya nutritionist Shaklee jika ada keraguan.

So bila kita nak jual dan nak dapatkan bonus dalam bentuk cash bonus kita perlu ada target. Contoh nak jual ESP, kita perlu jual berapa tong untuk lepas target 150 uv, perlu jual 5 tong ESP untuk dapatkan bonus dalam rm31.45. Macamna nak kira bonus? Ada lagi yang belum tahu kira bonus?

CONTOH
πŸ‘‰ 5 tong ESP 
185uvx3.4x0.05=rm31.45

1 tong ESP jika kita jual retail rm160 so 1 tong dah untung rm31 jika 5 tong dah untung rm155. Untung retail lebih banyak dari bonus. So hasil jualan 5 tong kita dah lepas modal dan boleh beli 1 tong untuk consume sendiri atau jual semula.

Cash bonus shaklee akan di bayar kepada kita mengikut peratusan personal uv (puv) dan peratusan group uv (guv) kita. Dan jika kita tidak mendapat sebarang sales, kita tidak akan mendapat bonus walaupun grup uv (guv) kita tinggi. Perasan tak?

So untuk mendapatkan cash bonus, kita perlu fokus naikkan dulu sales kita sendiri barulah kita akan dapat kiraan bonus dari sales group.

S yang kedua ialah:

2) SERVICE


Dalam apa jua bisnes kita perlu memberi service yang terbaik kepada pelanggan. Apa itu service? Service ialah perkhidmatan. Apa perkhidmatan yang perlu kita berikan kepada customer kita? Service yang kita perlu berikan ialah service sebelum dan selepas pembelian produk.

Service ini ada 2 perkara yang kita perlu fahami iaitu

1-Bakal prospek kita (sebelum membeli)
-Service ni kita perlu berikan dari segi info produk, penghantaran produk, cara consume produk dll supaya customer berminat nak beli shaklee dengan kita. 

2-Pelanggan yang telah membeli dengan kita (selepas membeli) iaitu after sales services.
-Bila mereka sudah membeli, kita perlu memantau pula keadaan mereka selepas membuat pembelian. Yang ini  dinamakan service selepas pembelian. Barulah kita akan loyal customer dan mereka sentiasa repeat untuk membeli dengan kita.

Ramai dari kita yang abaikan servis selepas jualan ni. Apa jadi kalau kita tak buat after sales service ni? Boleh menyebabkan ramai cuatomer tak repeat membeli degan kita. Apa jadi kalau customer tak repeat beli? 

Ada antara kita yang biarkan saja mereka lepas menjual. Rugi sangat kalau kita tak tak buat service ni, mereka akan stop beli dengan kita dan akan beli dengan orang lain pula.

So penting sangat kita buat service ni kepala customer ya. Supaya mereka boleh terus mebeli dan jadi loyal customer kita. Tak mustahil juga mereka akan join under team kita pula jika mereka dah dapat shaklee effect dan dapat layanan yang baik dari kita. Ni salah 1 tips untuk nak sponsor dengan mudah. 

S yang ketiga pula adalah:

3) SPONSOR


Apa itu sponsor? Sponsor bukannya kita keluarkan duit daftarkan ahli bawah kita ye. Sponsor adalah menaja. Kita perlu menaja ahli dan grow team kita. Kita perlu ajak orang untuk jadi member under team kita.

Ada 2 cara untuk sponsor iaitu:

1- Daftar member dengan membayar RM35 sahaja atau

2- Daftar percuma dengan pembelian produk bernilai 100uv iaitu  bersamaan RM350 keatas

Sponsor ni kita perlu buat jika kita buat keputusan untuk berbisnes dan grow team. Kita perlu guide dengan cara yang betul kepada anak team kita. Kita perlu offer kat mereka yang nak join jadi protege kita dan kita perlu bimbing mereka bersama-sama kita untuk terus maju dalam bisnes shaklee ni. Ini adalah team building kita. 

Ramai yang dah berjaya build team sendiri kan. Antaranya yang dah jadi leader semua dah pandai build team sendiri. Memang wajib ada anak downline bagi mereka yang nak jadi leader, nak naik rank supervisor. Kita boleh buat sorang jika puv kita sendiri mantap dan kukuh.

Walaupun begitu, jika kita tahu macamna cara nak build team, kenapa perlu susahkan diri buat seorang, jadi kita buatlah secara teamwork.

Jika ada antara kita yang katakan bahawa "alah, kena cari orang rupanya. Susah la bisnes macam ni". Tahukah kita bahawa dalam sesebuah syarikat, kita tidak boleh seorang diri membina team dan membangunkannya menjadi sebuah syarikat yang gah. Kita tentulah perlukan pekerja, staf dan pembantu peribadi. Dan kita perlu menghantar staff kita ke mana=mana kursus setiap beberapa waktu tertentu supaya staf kita mahir dalam bidang kerjanya.

Begitulah juga dengan konsep Shaklee ni, bezanya kita bukanlah staff, namun kita semua ni adalah protege yang akan dibimbing supaya kita semua mahir dalam bisnes Shaklee. Bisnes kita adalah hak kita, tiada kaitan dengan orang yang register kita ye. Kita yang akan dapat income/bonus dari hasil kita bangunkan team kita sendiri.

Kita kena ingat bahawa tanpa sponsoring, group kita takkan berkembang. Cuba letak sasaran berapa orang yang ingin kita sponsor/daftar sebagai ahli dalam team kita? 

Kita boleh gunakan PROMOSI yang Shaklee buat setiap bulan, kalau 10 orang sebulan lagi 12 bulan kita dah ada 120 orang dalam group kita! Wow sangat kann..

So kita kena ringankan mulut ajak mereka daftar ahli under team kita, kita kena rajin bercerita tentang kebaikan produk Shaklee dan kenapa mereka kena daftar sebagai ahli dalam team kita.


Kesimpulannya,

STEP dan rahsia untuk skor GUV besar setiap bulan.

STEP 1
Setiap customer yang hubungi/pm kita tanya pasal Shaklee, kita setkan dalam minda yang kita akan convert mereka jadi ahli. 
Cuba sedaya upaya untuk yakinkan dia untuk jadi ahli dibawah kita. Sebab bila dia dah jadi ahli bawah kita, chances dia akan repeat order dengan kita adalah sangat tinggi.

STEP 2
Bila dah berjaya convert dia jadi ahli. Set target dalam kepala kita. Every single ahli yang telah register bawah kita ni adalah OUR NEXT SUPERVISOR IN OUR GROUP. Kenapa kita kena aim atau target macam tu? Sebab bila kita layan customer kita ni macam our future leaders, kita akan jaga relationship dengann dia serapat mungkin. Kita akan berkawan dengan dia. Kita akan berukhuwah dgn dia. Kita akan bagi THE BEST service untuk dia.

STEP 3
Bila kita dah rapat macam member-member atau macam family, kita boleh bergurau2 comel dengan dia. Then, lama-lama dia akan terbuka hati untuk cari side income dan cuba bisnes Shaklee. Itulah macamna caranya untuk kita bagi perkhidmatan yang terbaik untuk customer atau anak Shaklee kita. Contohnya kalau dia tak jadi supervisor pun dia tetap akan terus setia dan terus membeli dengan kita. Sekaligus akan terus menerus menyumbang kepada GUV kita setiap bulan. Dapat tak?

Mudah aje kan berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Just kene ingat 3S ni dan kena amalkan setiap hari. Kena make sure anak-cucu-cicit kita pun duplicate. Itu sahaja. Tapi semuanya bermula dengam diri kita dahulu. 

3S ni la yang mah amalkan sejak 7 tahun lepas sehingga sekarang kami berada di tahap ni. Begitu juga leader yang dah berjaya mereka semua amalkan konsep 3S ni.

Sekian dulu dari mah. Semoga kita semua mendapat manfaat dan faham kelas 3S malam ni. Sekian, terima kasih. 

Rahmah Mohid
Shaklee Business Mentor
https://linktr.ee/rahmahmohid

Tuesday, 23 February 2021

TIPS MEMILIH VITAMIN C YANG TERBAIK

Ramai yang tanya apa ciri-ciri vitamin c yang BAGUS 😍😍 Banyak tips sebenarnya untuk memilih vitamin c yang terbaik. 


Tapi sebelum tu siapa yang perlukan vitamin c ni???

πŸ‘‰Lelaki & wanita
πŸ‘‰Wanita hamil, berpantang & menyusu anak
πŸ‘‰Baru menjalani pembedahan
πŸ‘‰Mereka yang pentingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan


Keistimewaan yang ada pada vitamin c shaklee:

πŸ”₯ Sustained Release (perlepasan berperingkat)
Setiap tablet vitamin c mempunyai 500mg. 100mg dilepaskan setiap 1jam secara perlahan. Jadi vitamin c akan diserap secara perlahan selama 5 jam.

Jika tak ada sistem perlepasan secara berperingkat ni maka pembaziran akan berlaku sebab badan kita mampu serap vitamin c cuma 100-200mg saja dalam 1 masa, jadi selebihnya akan terbuang melalui air kencing. Sebab tu la berlaku pembaziran jika tak ada teknologi sustained release ni.

Dengan teknologi sustained release ni juga dapat meringankan beban buah pinggang kita untuk memproses & menapis vitamin c yang terbuang & tidak dapat diserap oleh badan.

πŸ”₯100% Semulajadi

Vitamin C Shaklee dihasilkan daripada bahan semulajadi sebab itu tidak ada silica gel terdapat dalam botol vitamin C Shaklee. Ianya juga bukan organik mahupun sintetik.

Apa beza organik dan semulajadi?

Organik ialah bahan semulajadi tetapi nutrisi asalnya telah musnah akibat proses penghasilannya yang menggunakan haba yang tinggi tetapi vitamin semulajadi masih mengekalkan sepenuhnya nutrisi asal yang ada pada bahan tersebut.

Kebaikan vitamin C semulajadi pula ia mudah diserap oleh badan dan semestinya tidak merosakkan buah pinggang!

Berbanding vitamin sintetik, vitamin tersebut tidak digunakan sepenuhnya oleh badan tetapi berkumpul pada badan dan juga ginjal yang akhirnya akan menjadi toksin.

πŸ”₯ Bioflavonoids

Vitamin C Shaklee diperkaya dengan bioflavonoid daripada buah-buahan sitrus yang membantu mengoptimumkan penyerapan vitamin C.

Bioflavonoid itu sendiri juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Nampak tak specialkan vitamin c shaklee ni. Sebab tu ramai peminat vitamin c shaklee ni sampaikan 1 malaysia sold out tau bulan lepas.

Dekat Hanis masih ada lagi stock... mmg wajib simpan πŸ₯°

Eh sapa yang nak vitamin c ni cepat wasap Mah ya..boleh gabung jugak tau. Contohnya:-

Vitamin c + esp = Set cantik 
Vitamin c + alfalfa = Set resdung
Vitamin c + Ostematrix = Set mama



Wasap je nanti Mah bantu consult yang sesuai dengan masalah korang k.

www.wasap.my/60133221852/vitac

https://linktr.ee/rahmahmohid

KATA MOTIVASI

Assalamualaikum...Selamat pagi buat semua, mulakan harimu hari ini juga dengan sedikit kata kata motivasi buat diri sendiri supaya hari ini lebih semangat dari hari-hari sebelumnya. 


"You never fail until you stop trying"

Maksudnya, kamu belum gagal sehingga kamu berhenti mencuba.

Harapan dan jalan selalu datang untuk mereka yang sentiasa berdoa serta berjuang tanpa mengenal sebuah kata menyerah. 

Berjuanglah demi cita-cita yang diimpikan sejak kecil lagi. Pedulikan orang lain yang selalu merendah-rendahkan cita-citamu. Kamu lebih tahu dirimu mampu untuk capai cita-cita itu.

Semoga semua dapat capai apa yang diimpikan πŸ’ͺ🏻

Rahmah Mohid
Coordinator Shaklee
https://linktr.ee/rahmahmohid

Saturday, 20 February 2021

DETOKS MEMBUANG RACUN DAN KESEMUA YANG TIDAK BAIK DARIPADA SISTEM TUBUH BADAN

DETOKSIFIKASI ATAU “DETOKS”

Seringkali kita dengar perbincangan tentangnya, atau terbaca di dada akhbar rencana mengenainya, tetapi apakah maksud sebenar di sebalik perkataan ini? Bayangkan detoksifikasi sebagai pembersihan tubuh agar kita tampak dan rasa lebih hebat. APABILA KITA MENDETOKS, KITA SEBENARNYA MEMBUANG RACUN DAN KESEMUA YANG TIDAK BAIK DARIPADA SISTEM TUBUH BADAN KITA.

Toksin ini terkumpul di dalam sistem tubuh badan kita setiap kali kita bernafas, bersenam, makan dan minum malah ia terkumpul lebih pantas dari tempoh pembuangan yang dilakukan tubuh badan manusia.

TAHUKAH ANDA?
"Jerebu" (pencemaran udara) meningkatkan risiko rakyat Malaysia diserang penyakit semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.

5 Saluran Utama Toksin yang perlu diberikan perhatian:

1) PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.

2) UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.

3) AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.

4) TUBUH BADAN ANDA
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.

5) GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.

TUBUH BADAN MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA

Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh anda akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.

Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui peluh.

PARU-PARU - membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.

SISTEM LIMPA - beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.

BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda melalui pundi kencing.

SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.

DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS

Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks? Anda perlu tahu dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!

Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu, lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam dan tayarnya. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh anda. Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan kita ini.

Kini anda telah tahu apa itu detoks, teruskan membaca siri detox daripada Shaklee untuk ketahui lebih lanjut mengenai manfaat dan kehebatannya.

https://linktt.ee/rahmahmohid

Thursday, 11 February 2021

KURUS DENGAN CARA SELAMAT

Mesti ramai yang nak KURUS dengan CARA SELAMAT kan.

Minggu lepas mah buat detox..turun 2kg u olls..nak kata apa..nak kurus memang kena work hard..kena tambah ilmu..bukan diet hentam semberono syok sendiri aje. 

Nampak tak buktinya..bila kita buat detox ni, berat memang mudah turun. Tapi kenan konsisten la. Mah detox dengan supliment Shaklee tau dan mah amalkan Set Kurus Shaklee juga. 

Bila makan banyak naik mendadak pulak berat kan..mah banyak makan buah dan sayur time detox tu..sapa kata mah tak makan nasi..makanlah..makan macam biasa je..tapi 4 ari awal tu memang buat yang extreme, mah makan salad dan buah je..memang berbaloi..πŸ˜„ 

Bukan senang nak senang..bukan senang nak kurus..tapi senang je kalau caranya betul πŸ€— Kurus cara selamat mah makan buah, sayur dan supliment.

Wajiblah add on supliment detox dan set kurus shaklee..bukan rahsia tapi ilmu ni..dan ilmu kena amalkan barulah berhasil usaha nak kurus tu kann..😊

Jom join #projekdetoxRME nak kurus bukan angan-angan lagi..tapi ianya adalah impian yang perlu direalisasikan πŸ’ͺ❤ Niat mah nak bantu orang lain dapat berat yang diidamkan dengan cara yang betul dan selamat. In Sha Allah..

Jom carigali ilmu detox. Ramai yang dah berjaya detox, anda bila lagi πŸ€—

Mah syer gambar mah sebelum detox pada tahun 2018 iaitu 90kg. Selepas bersalin dan buat beberapa kali detox berat mah dah capai ke angka 7 didepan. Azam tahun 2021 nak capai angka 6 pula didepan. Korang doakan semoga impian mah nak dapatkan berat ideal tercapai ye.

Sihat itu nikmat, sihat itu amanah.

Rahmah Mohid
Kurus Cara Selamat
Projek Detox RME
https://linktr.ee/rahmahmohid

CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

Daftar Ahli Shaklee kini hanya RM35 sahaja @ PERCUMA dengan pembelian 100uv bersamaan RM350 keatas.

Sedikit info tentang shaklee: Shaklee merupakan syarikat direct selling yang telah wujud sejak tahun 1956 lagi.

Produk shaklee yang pertama sudah berusia 105 tahun dan telah melalui pelbagai inovasi.

Syarikat yang kukuh dengan produk yang berkualiti tinggi sentiasa berkesan, semulajadi & selamat.

*Kelebihan Mendaftar Pengedar Shaklee:

πŸ’Ž Boleh membeli produk pada harga ahli (penjimatan sehingga 25%)
πŸ’Ž Jana pendapatan sambil mendapat kesihatan yg baik seisi keluarga
πŸ’Ž Boleh mengumpul point dan ianya akan ditukarkan kepada bonus tunai setiap bulan
πŸ’Ž Sebarang pesanan dari pelanggan anda boleh terus key in melalui sistem online & ianya akan dihantar terus ke alamat pelanggan
πŸ’Ž Shaklee menawarkan CASH (bonus & incentive), CAR (insentif kereta) & CONVENTION (percutian antarabangsa bertaraf lima bintang serta peluang mengerjakan umrah untuk Muslim)
πŸ’Ž Bisness yg sangat sesuai untuk mereka yg pemalu & sibuk berkerja serta mempunyai anak2 kecil juga

Kelebihan Mendaftar Ahli dengan team RME:

πŸ’ŽKami mempunyai jaringan pengedar Shaklee yang berkaliber seluruh Malaysia
πŸ’Ž Kami akan mempromosikan anda di blog, page & fbads secara PERCUMA setiap hari
πŸ’Ž Access ke dalam group FB tertutup & Whatsapp Group khas untuk ahli sahaja
πŸ’Ž Anda akan didedahkan dengan marketing online, marketing plan, tips berjaya dalam bisness Shaklee, pengetahuan tentang produk serta banyak lagi
πŸ’Ž Kelas secara online & offline. Dibenarkan membawa anak-anak bersama
πŸ’Ž Copywriting disediakan setiap hari


Sila isi form di link ini atau reply whatsapp/pm ini untuk kami bantu registerkan. ❤

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1068161

Atau klik https://linktr.ee/rahmahmohid untuk pembelian atau sebarang pertanyaan.