Saturday 23 November 2019

11 FAKTA MENARIK TENTANG ANGGUR MUSCADINE


Pernah dengar tentang Anggur Muscadine? Diterangkan disini adalah 11 Fakta menarik tentang Anggur Muscadine.

Ada yang pernah jumpa anggur ini di KLCC, sebiji berharga RM110 (tahun 2013).
Harga sekilogram adalah RM2000. Fuhh!



11 Fakta menarik tentang Anggur Muscadine:


1/ Anggur Muscadine tumbuh di kawasan panas dan lembab.

Anggur Muscadine tumbuh semulajadi di tempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
Anggur Muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.


2/ Saiz Anggur Muscadine sebesar bola golf.

Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar bola golf! Saiznya lebih besar berbanding anggur biasa yang berdiameter sekitar 5cm atau seakan akan sebiji buah plum.



3/ Anggur Muscadine memiliki kulit yang keras dan tebal
Anggur Muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis.


4/ Anggur Muscadine berkeupayaan melindungi diri daripada bakteria dan kulat.

Anggur Muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
Hal ini kerana Anggur Muscadine mengandungi resveratrol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.


5/ Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom .

Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom, manakala Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom. Iaitu lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.



6/ Anggur Muscadine tak memerlukan semburan racun perosak

Anggur Muscadine merupakan satu satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak! (Rujuk poin nombor 4).


7/ Anggur Muscadine mempunyai nilai ORAC paling tinggi.

Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003, anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding blueberi.


8/ Anggur Muscadine kaya dengan antioksidan.

Anggur Muscadine kaya dengan antioksidan. Dikatakan ia memiliki 88 kompaun antioksidan dijumpai di dalam anggur ini.
Anggur Muscadine juga mengandungi bahan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
Anggur Muscadine juga mengandungi lebih tinggi kandungan antioksidan iaitu 40 kali ganda berbanding anggur biasa.


9/ Anggur Muscadine mengandungi Resveratrol 6x lebih tinggi.

Anggur Muscadine mempunyai kadar resveratrol 6x lebih tinggi berbanding anggur merah.


10/ Anggur Muscadine tinggi kandungan fiber.

1 biji Anggur Muscadine bersamaan dengan 5 biji anggur tanpa biji dari segi kandungan fiber. Justeru ia membantu masalah penghadaman, sembelit dan buasir lebih cepat dari anggur biasa.


11/ Anggur Muscadine bersifat anti kanser dan anti radang.

Anggur Muscadine adalah satu satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.
Anti oksidan dan phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur. Kandungan Resveratrol
yang tinggi di dalam biji anggur. Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna.
 

Credit to fb: CikPuan Amanina




Kllik whatsapp ⬇⬇⬇



Rahmah Mohid
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1068161
Founder
RMEmpire

FB page/Google Business:
Pengedar Shaklee Kulim 013-3221852

No comments:

Post a Comment